HARGA BAJA (NPK Milagro Organik MPOB)

HARGA BAJA (NPK Milagro Organik MPOB)

HARGA BAJA

Kepada anda yang mengusahakan tanaman, semestinya ingin mendapatkan hasil tanaman pokok yang sihat, subur dan berbuah lebat. Untuk dapatkan hasil yang baik, akan memerlukan baja. Terdapat banyak baja yang anda boleh perolehi dalam pasaran di Malaysia. Disini kami akan kongsikan kepada anda harga baja terkini, semoga membantu

 

APA ITU BAJA

Baja ialah sebatian kimia yang diberikan kepada tumbuhan-tumbuhan untuk menggalakkan pertumbuhan. Ia seringkali dikenakan ke atas tanih, tetapi boleh juga diletakkan terus pada akar atau disembur pada daun-daun tumbuhan. Baja terbahagi kepada dua, iaitu baja asli dan kimia. Baja asli, kadangkala dikenali sebagai baja organik, mengandungi bahan-bahan organik atau berasal daripada organisma hidup, manakala baja kimia pula, kadangkala dikenali sebagai baja tak organik atau baja buatan, mengandungi bahan-bahan kimia tak organik atau galian-galian.

 

MANFAAT BAJA

Berikut adalah merupakan antara manfaat yang diperolehi sekiranya menggunakan baja ini:

  1. Untuk kesuburan tanah dan pokok.
  2. Gaul dengan makanan binatang, tinggi protein dan vitamin
  3. Control kekotoran aquarium
  4. Guna untuk cuci reban dan kandang ternakan.
  5. Water treatment.
  6. Juga sebagai pengalak bunga untuk lemon, tomato, longan, mangga, manggis dan sebagainya.
  7. Boleh dijadikan makanan ikan di kolam.
  8. Root booster masa buat TUT atau marcotting.
  9. Nutrien tambahan untuk haiwan ternakan dan baja organik kepada tumbuhan (probiotik)
  10. Baja penggalak bunga dan buah

 

JENIS BAJA

Berikut adalah merupakan antara jenis baja yang terdapat dalam pasaran iaitu:

JENIS BAJAKETERANGAN
Baja NPKKandungan di dalam baja NPK seperti yang tertera pada namanya sendiri, NPK bererti baja ini mengandungi tiga unsur makronutrien penting untuk pertumbuhan dan perkembagan pokok seperti Nitrogen (N), fosforus (P) dan Kalium (K).
Baja MilagroBaja Milagro adalah produk organik yang dirumus untuk membantu pemilik tumbuhan mendapatkan hasil yang cepat dan berganda menggunakan bahan semula jadi.
Baja OrganikBAJA ORGANIK (Organik Fertilizer) merupakan satu dari komponen penting sebagai input pertanian terutama untuk tanaman makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Baja organik mampu meningkatkan kesuburan tanah pertanian seterusnya memberikan kondisi terbaik untuk tanaman mendapatkan nutrien. Penggunaan baja organik terutama jenis asli atau yang telah diproses banyak digunakan dikawasan penanaman sayuran komersil
Baja MPOBBAJA MPOB F3 merupakan sejenis baja untuk tanaman Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) yang dikeluarkan oleh Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNPKFSB) iaitu baja dihasilkan dengan kerjasama syarikat tersebut dengan MPOB

 

HARGA BAJA TERK

Berikut adalah merupakan kadar harga baja mengikut jenis iaitu:

JENIS BAJAJENAMAHARGA
Baja NPKNPK 15-15-15 Baja Sebatian Fertilizer (Baja Subur) 1KG RepackRM8.00
Baja 50kg AGROGREEN NPK 15-15-15 (Compound Fertilizer)RM129.90
Baja NPK Biru 12 12 17 (Baja Galak Bunga & Buah)RM15.00
NOVATEC Premium 15-3-20-2+10S+TE 50KGRM350.00
BAJA SUBUR/ NPK 15:15:15 CAP Kuda Singa Baja Import (1Kg)RM5.90
RED LION Baja Hijau NPK 15-15-15+TE Super Subur 50KGRM182.00
Baja Grerman NPK 15-15-15 Baja Sebatian FertilizerRM39.00
Baja MilagroBja Milagro Haji Mat Jantan 1kg Organic FertilizerRM20.00
Milagro Fertilizer Organic For All Types of PlantsRM25.00
Organik Milagro Berat 1kg untuk Setiap PakejRM25.00
Baja Organik Milagro 100% Organic Fertillizer 20kg/CtnRM350.00
Baja Organik Milagro Premium 1kg + Free 500ml S-TREX ray/Antibodi Pokok + Polybag + Biji BenihRM100.00
Baja OrganikMr Ganick 532 Baja Daun Organik (1kg)RM12.00
Baja Organik / Organic Fertilizer – 1kg Mutiara AgroRM14.00
2L Baja AB extra booster Fertigasi Hidroponik&tanamanRM13.00
KG Baja Kopi Organik Jepun NPK 888RM4.00
Baja MPOBBaja sawit MPOB F1 Xtra K/ oil palm fertilizer (1kg)RM7.00
Real Strong MPOB F4 Bio-Chemical Fertilizer (25kg)RM80.00
Baja sawit MPOB F2 50kgRM155.00

 

ARTIKEL LAIN

SENARAI HARGA KAYU MENGIKUTI SIZE MALAYSIA TERKINI 2023

Leave a Comment