HARGA APPLE IPHONE 14 PRO & 14 PRO MAX DI MALAYSIA

HARGA APPLE IPHONE 14 PRO & 14 PRO MAX DI MALAYSIA

HARGA APPLE IPHONE

Terkini Apple telah melancarkan dua telefon pintar baharu yang iaitu iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Sama seperti sebelum ini, rekaan peranti juga adalah sama tetapi dalamnya akan membuatkan pencinta teknologi ingin menikmati kelebihannya. Disini kami kongsikan kepada anda kelebihan dua telefon pintar ini dan kadar harganya di pasaran Malaysia, semoga membantu.

 

KELEBIHAN IPHONE 14 PRO & 14 PRO MAX

Berikut adalah merupakan antara kelebihan yang terdapat pada kedua-dua model telefon pintar ini iaitu:

IPHONE 14 PROIPHONE 14 PRO MAX
Skrin walaupun panel yang sama iaitu panel OLED Super Retina XDR yang bersaiz 6.1″ dan 6.7″. Ia masih sedia menyokong kadar segar semula 120Hz, menyokong paparan HDR10+ dan turut masih dilindungi dengan Ceramic Shield. Perkara paling baru pada dua iPhone ini adalah ketiadaan takuk, tetapi lubang besar yang boleh memaparkan kandungan.
Di setiap sisi pada lubang ini, terdapat skrin kecil yang digelar sebagai Dynamic Island untuk memaparkan notifikasi seperti jangka masa tiba makanan, muzik yang dimainkan dan banyak lagi. Kedua-dua iPhone 14 Pro juga menyokong Always-On Display untuk sentiasa memaparkan notifikasi terpilih ketika peranti tidak digunakan.
iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max mengekalkan tetapan tri-kamera dan juga sensor LiDAR. Apa yang baru kali ini adalah Apple akhirnya menggunakan satu sensor baharu yang bukan 12MP, iaitu 48MP. Dengan sensor sedia ada, iPhone 14 turut boleh mengambil gambar mod malam pada kualiti lebih baik, pasca-proses gambar lebih pantas dengan Photonic Engine. Sensor 48MP ini turut mempertingkatkan sokongan Apple ProRaw untuk kegunaan pakar.
Sensor dua 12MP seperti model tahun lepas. Ini adalah untuk sudut ultra-lebar dan lain-lain digunakan dengan lebih mesra dan menerima hasil berganda lebih baik. Kamera swafoto turut masih sama iaitu 12MP juga. cuma kini dengan auto fokus. Sistem kamera turut kini mempunyai butang zum x4 dan sistem flash dengan warna yang lebih terang.
Perlindungan IP68, model eSIM sahaja dan ciri sambungan ke satelit turut disertakan pada model Pro. Ketahanan bateri, Apple menjamin sehingga sehari penuh. Warna pula Apple hadir dengan emas, perak, ungu dan hitam.

 

HARGA APPLE IPHONE 14 PRO & 14 PRO MAX

Berikut adalah merupakan kadar harga jualan ke dua model ini di pasaran Malaysia iaitu:

ROMIPHONE 14 PROIPHONE 14 PRO MAX
128GBRM5,299RM5,799
256GBRM5,799RM6,299
512GBRM6,799RM7,299
1TBRM7,799RM8,299

 

TARIKH TEMPAHAN APPLE IPHONE 14 PRO & 14 PRO MAX

Pra-tempahan akan bermula pada 16 September, dengan jualan bermula 23 September nanti.

 

CARA TEMPAHAN APPLE IPHONE 14 PRO & 14 PRO MAX

Untuk membuat tempahan kedua model ini, berikut adalah merupakan caranya:

  • Layari pautan apple store Malaysia
  • Pilih jenis produk APPLE yang anda ingin anda beli. Anda juga boleh memilih model, warna dan spesifikasi lain yang anda inginkan
  • Seterusnya klik pada Add To Troli pada produk yang anda inginkan.
  • Anda juga boleh menambah aksesori lain seperti selongsong, pengecas, fon telinga dan sebagainya dengan klik pada Add To Troli
  • Jika telah selesai membuat pemilihan, klik pada Troli untuk melihat senarai pembelian anda dan jumlah harga yang perlu anda bayar.
  • Klik pada Check Out untuk meneruskan pembelian.
  • Pada paparan pilihan penghantaran dan tuntutan lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik Continue.
  • Pada halaman pembayaran, teruskan pilihan pembayaran yang anda ingin sehingga selesai

 

ARTIKEL LAIN

HARGA AIR PURIFIER DI MALAYSIA (Rumah & Pejabat)

2 thoughts on “HARGA APPLE IPHONE 14 PRO & 14 PRO MAX DI MALAYSIA”

Leave a Comment