HARGA ALAT PENDENGARAN (Cara Pilih Yang Bagus)

HARGA ALAT PENDENGARAN (Cara Pilih Yang Bagus)

HARGA ALAT PENDENGARAN

Sekiranya anda ingin mencari alat pendengaran, semestinya anda ingin mengetahu jenis yang bersesuai beserta dengan harga mampu milik. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU ALAT PENDENGARAN

Alat bantuan pendengaran adalah alat elektronik kecil yang menggunakan kuasa bateri dan dipakai di dalam atau di belakang telinga.

Alat ini mempunyai tiga bahagian asas iaitu mikrofon, penguat audio, dan pembesar suara. Mikrofon berfungsi menerima suara dari sekeliling dan mengubah gelombang suara menjadi isyarat elektrik atau kod nombor sebelum menghantarnya ke penguat audio. Penguat audio kemudiannya meningkatkan kekuatan isyarat dan menghantarnya ke telinga melalui pembesar suara

 

JENIS ALAT PENDENGARAN

Secara amnya, terdapat DUA jenis alat bantu dengar di pasaran

  1. Alat bantu dengar belakang telinga
    • Disangkut belakang telinga
    • Memerlukan acuan telinga supaya boleh disangkutkan di belakang telinga
    • Sesuai untuk semua jenis tahap pendengaran
    • Sesuai untuk semua peringkat umur daripada bayi hingga dewasa
  2. Alat bantu dengar dalam telinga
    • Dimasukkan ke dalam salur telinga
    • Tidak perlukan acuan telinga
    • Pelbagai saiz mengikut tahap pendengaran pesakit
    • Sesuai untuk remaja dan golongan dewasa

 

CARA MEMILIH ALAT PENDENGARAN SESUAI

Cara untuk memilih alat pendengaran yang bagus dan sesuai untuk anda bergantung pada:

  • Jenis dan tahap pendengaran anda
  • Harga yang mampu dimiliki
  • Sesuai dengan keperluan dan gaya hidup serta senang digunakan

 

JENAMA ALAT PENDENGARAN(HARGA ALAT PENDENGARAN)

Terdapat pelbagai jenama alat bantu dengar di pasaran Malaysia. Pesakit perlu jalani sesi cubaan untuk memilih alat yang sesuai dan terbaik.

  • Oticon
  • Sonic
  • ReSound GN
  • Signia
  • Starkey
  • Unitron
  • Phonak
  • Bernafon
  • Widex
  • Interton

 

HARGA ALAT PENDENGARAN

  • Harga alat bantu dengar adalah antara RM1800 hingga RM 3500 seunit.
  • Harga ini bergantung kepada tahap masalah pendengaran dan juga jenis alat.
  • Harga seunit bagi alat bantu dengar jenis belakang telinga di hospital kerajaan dan hospital universiti adalah sedikit berbeza berbanding di hospital swasta dan pusat alat bantu dengar

 

KELEMAHAN ALAT PENDENGARAN

Alat bantu dengar ini masih mempunyai had yang mana-mana teknologi sedang berusaha sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini. Antara had limitasi bagi alat bantu dengar adalah:

  • Bunyi yang dihasilkan daripada alat tidak sama seperti apa yang boleh didengar oleh telinga normal. Namun setelah menggunakan alat bantu dengar dalam beberapa minggu, otak akan terbiasa pada bunyi yang dihasilkan.
  • Alat bantu dengar tidak direka untuk mendengar dalam jarak lebih daripada lingkungan 2 meter daripada pengguna alat bantu dengar. Kebolehan mikrofon untuk menangkap bunyi tersebut hanyalah dalam jarak yang dekat.
  • Bunyi bising atau bunyi hingar latar belakang adalah merupakan musuh utama bagi alat bantu dengar.

 

ARTIKEL LAIN

HARGA AIR PURIFIER DI MALAYSIA (Rumah & Pejabat)

1 thought on “HARGA ALAT PENDENGARAN (Cara Pilih Yang Bagus)”

Leave a Comment