CARA BAYAR BOOKING GRABCAR GUNA GRAB PAYLATER

CARA BAYAR BOOKING GRABCAR GUNA GRAB PAYLATER

GRAB PAYLATER

Terkini penggunaan perkhidmatan e-hailing seperti Grab Car amat menggalakkan. Ini kerana harganya lebih murah, kenderaan yang selesa dan cepat. Anda juga boleh booking grab car dan lakukan pembayaran boleh dilakukan secara online, tunai dan juga Grab Paylater. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU GRAB PAYLATER

Grab Paylater merupakan salah satu perkhidmatan sistem pembayaran yang disediakan oleh syarikat Grab untuk pengguna terpilih. Jadi anda boleh mengaktifkan perkhidmatan ini untuk membuat pelbagai transaksi dan membayarnya pada hujung bulan. Bukan itu sahaja, pinjaman dalam talian ini disediakan untuk membayar pelbagai transaksi seperti Grab Car, Grab Food, Grab Send, dan Grab Bike.

 

KELAYAKAN GRAB PAYLATER

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan iaitu:

  • Telah mencecah usia 21 tahun
  • Adalah ahli peringkat Ganjaran Emas, Platinum atau Perak (bermaksud aktiviti transaksi yang kerap)
  • Buat transaksi sekurang-kurangnya 3 kali pada bulan lepas (dengan pelbagai kaedah pembayaran)
  • Telah menggunakan aplikasi Grab melebihi 6 bulan

 

MUAT TURUN APLIKASI GRAB 

Terlebih dahulu anda seharusnya memuat turun aplikasi Grab dan instal terlebih dahulu, berikut adalah pautan aplikasi Grab

  • Play store bagi penggunan Android
  • Apple store Bagi pengguna  IOS

 

KADAR HARGA TAMBANG GRABCAR

  • Harga tambang yang dikenakan adalah tetap.
  • Harga tambang akan berbeza mengikut waktu dan jarak.
  • Sekiranya terdapat tol di dalam perjalanan, caj tol perlu ditanggung anda.

 

HAD PENGGUNAAN GRAB PAYLATER

Untuk makluman anda, kadar maximum yang diberikan adalah sebanyak RM1,500 dan had penggunaan mengikut pecahan seperti berikut:

  • Sehingga RM400: Tempahan GrabCar
  • Sehingga RM1,100: Pelbagai perbelanjaan lain seperti Handphone atau sebagainya di kedai yang support Grab Paylater

 

CARA AKTIFKAN GRAB PAYLATER

Sebagai kali pertama, seharusnya anda aktifkan terlebih dahulu Grab Paylater. Brerikut adalah merupakan caranya iaitu:

  1. Buka aplikasi grab car di telefon anda dan log masuk
  2. Pada paparan utama klik pada ikon Finance. Sekiranya anda pengguna yang dipilih, menu Try PayLater Now akan muncul di bahagian GrabPay.
  3. Kemudian anda akan diarahkan ke halaman yang mengandungi penjelasan tentang terma dan syarat untuk menggunakan Grab Paylater. Pilih Aktifkan PayLater.
  4. Selepas beberapa saat, kenyataan Paylater is Now Activated akan muncul. Anda sudah boleh menggunakannya untuk pelbagai transaksi di Grab.

 

CARA BOOKING & BAYAR GRABCAR GUNA GRAB PAYLATER

Kepada anda yang ingin booking grab car dan membuat pembayaran secara grab paylater, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi grab car di telefon anda dan log masuk
  2. Pada paparan utama klik pada ikon Finance untuk menyemak baki Pay Later anda.
  3. Sekiranya anda tertera baki Pay Later anda, klik pada home
  4. Kemudian klik pada ikon Car untuk membuat tempahan kenderaan
  5. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Where to: Destinasi yang dituju
    • Choose Thise Pick Up: Destinasi anda berada
  6. Setelah selesai klik pada Book GrabCar dan pilih jenis perkhidmatan grab anda inginkan. Paparan harga akan tertera mengikut pilihan grabcar anda
  7. Ketika ingin membuat pembayaran, klik pada Balance dan pada bahagian payment Methods klik pada PayLater
  8. Setelah tertera PayLater, klik pada Book GrabCar.
  9. Paparan driver GrabCar akan tertera, tunggu sehingga sampai untuk mengambil anda sehingga ke destinasi yang dituju

 

CARA PEMBAYARAN GRAB PAYLATER

Sekiranya anda ingin membuat pembayaran kembali jumlah Grab PayLater yang anda gunakan, berikut adalah merupakan caranya iaitu:

  1.  Buka aplikasi grab car di telefon anda dan log masuk
  2. Pada paparan utama klik pada ikon Finance untuk menyemak baki Grab Wallet anda mencukupi atau tidak untuk membuat membayaran PayLater anda.
  3. Kemudian klik pada PayLater
  4. Paparan jumlah bayaran yang perlu anda bayar akan tertera pada bahagian Total Due
  5. Scroll ke bawah, akan tertera tarikh bayaran secara automatic (dateline akhir pembayraan) akan tertera. Sekirnya anda ingin membayar lebih awal klik pada Pay Now
  6. Pop up bayaran akan tertera, klik pada Confirm
  7. Kemudian Slide To Pay untuk selesaikan proses pembayaran anda

NOTA: Pastikan akaun Grab Wallet anda memcukupi kerana kaedah pembayaran PayLater akan menggunakan Grab Wallet

 

CARA CANCEL ORDER  GRABCAR

Untuk pengetahuan anda, pembatalan boleh dilakukan oleh pihak pemandu atau pelanggan.

  • Pemandu dibenarkan untuk batalkan pesanan anda sekiranya anda lambat lebih lima minit untuk ke lokasi pick-up point.
  • Pelanggan juga boleh membatalkan order. Akan tetapi, sekiranya pembatalan dibuat lebih 5 minit setelah tempahan dilakukan, caj pembatalan akan di antara RM3-RM5.

 

MASALAH BERKAITAN BOOKING GRABCAR

Sekiranya terjadi apa-apa masalah semasa membuat tempahan grab car, berikut adalah caranya:

  1. Buka aplikasi Grab anda.
  2. Klik pada Account
  3. Scroll ke bawah sehinggadan klik pada Help Centre
  4. Scroll ke bawah lagi dan klik pada butang Call Us untuk hubungi pihak khidmat pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN:

1 thought on “CARA BAYAR BOOKING GRABCAR GUNA GRAB PAYLATER”

Leave a Comment