GAGAL UJIAN MEMANDU (Berapa Bayaran Gagal Test JPJ Kereta)

GAGAL UJIAN MEMANDU (Berapa Bayaran Gagal Test JPJ Kereta)

GAGAL UJIAN MEMANDU

kegagalan dalam membuat sesuatu perkara adalah kebiasaan dalam sesebuah kehidupan. Kita pasti pernah merasai kegagalan dan itu adalah perkara normal. Kepada anda yang sedang mengambil ujian memandu, tidak mustahil anda gagal dalam salah salu ujian yang tersedia. Untuk makluman anda, untuk ulang kembali ujian tersebut anda dikehendaki ulang semula dan terdapat bayaran yang akan dikenakan. Disini kami kongsikan kepada anda berapa kadar bayaran yang dikenalkan sekiranya gagal ujian memandu.

 

APA ITU UJIAN MEMANDU

Ujian lesen memandu (atau ujian memandu) merujuk kepada proses mendapatkan lesen memandu seperti lesen kereta atau lesen motor. Ia bagi membolehkan anda mengendalikan kenderaan bermotor di jalan raya dengan selamat

 

JENIS UJIAN MEMANDU

Berikut adalah merupakan antara ujian yang perlu diambil bagi mendapatkan lessen memandu iaitu:

  1. Bahagian 1: Ujian Komputer (Markah lulus adalah 42/50) – Undang-undang dan pemanduan berkhemah
    • Ujian Buta Warna
    • Bahagian A
    • Bahagian B
    • Bahagian C
  2. Ujian Praktikal JPJ (Bahagian 2) – Ujian praktikal pemanduan di litar
    • Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK)
    • Rutin Sebelum Memandu (RSM)
    • Semasa di Litar
      • Memandu di selekoh S
      • Memandu di selekoh Z
      • Mendaki dan menuruni bukit
      • Side parking
      • Pergerakkan 3 penjuru
  3. Ujian Praktikal JPJ (Bahagian 3) – Ujian memandu di jalan raya
    • RSM
    • Memulakan perjalanan
    • Memandu di jalan lurus
    • Memandu di persimpangan
    • Membelok ke kiri dan kanan
    • Memandu di selekoh
    • Memandu di bulatan / laluan susur
    • Memandu di sekolah / perumahan dll

 

CONTOH KESALAHAN PUNCA GAGAL UJIAN MEMANDU

Berikut adalah merupakan kesalahan yang sering terjadi menyebabkan anda gagal ujian memandu iaitu:

  1. Tidak lulus ujian computer
  2. Ujian Bahagian 2 (litar)
    • Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK)
      • Tidak menyebut kompenen kenderaan dengan betul
    • Rutin Sebelum Memandu (RSM)
      • Tidak menguji lampu isyarat dan pengelap cermin berfungsi atau tidak.
      • Tidak membetulkan cermin sisi dan pandang belakang.
      • Tidak mengikut urutan pemeriksaan kenderaan dengan betul
  3. Ujian Bahagian 3 (Jalan raya)
    • Tidak menarik ‘hand-brake ‘dan bebaskan gear (free gear) ketika berhenti di simpang tiga.
    • Terus memandu semasa lampu isyarat menunjukkan warna merah.
    • Memandu melebihi 60km sejam.
    • Menukar lorong tergesa-gesa dan membahayakan.
    • Melanggar garisan pembahagi di tengah-tengah jalan.
    • Terlupa memberi isyarat semasa hendak membelok dan memotong.
    • Tidak berhenti di simpang tiga atau berhenti tetapi di atas atau terlebih garisan berhenti.

 

KADAR HARGA ULANGAN GAGAL UJIAN MEMANDU

Berikut adalah merupakan kadar harga ulangan mengikut bahagian iaitu:

  • Bahagian 1: Ujian Komputer – RM40
  • Bahagian 2: Ujian praktikal pemanduan di litar – RM180
  • Bahagian 3: Ujian memandu di jalan raya – RM180

NOTA: Kadar bayaran mungkin akan berlainan mengikut keadaan yang berbeza

 

PANDUAN LULUS UJIAN MEMANDU DI JALAN RAYA (Bahagian 3)

Berikut adalah merupakan tips yang boleh anda gunakan semasa ujian di atas jalan raya:

  1. Berhenti di persimpangan
    • Berhenti enam meter belakang garisan. Tarik brek tangan. Bagi signal ke arah hendak belok. Pastikan tiada kereta datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum bergerak. Jangan terburu-buru atau tergesa-gesa.
  2. Memandu di jalan raya
    • Memandu ketika di selekoh atau persimpangan, had laju 30 km/j. Di jalan raya, had laju purata 60 km/j, namun sebaiknya kekalkan 30 km/j dengan gear tiga.
    • Kawal stereng dengan baik dan elakkan dari tidak stabil. Beri laluan kepada kenderaan dan pengguna lain.
  3. Memandu di garisan dua (Double Line)
    • Jangan potong di garisan kembar. Demikian juga di selekoh.
  4. Memandu di Lampu Isyarat
    • Calon hendaklah mematuhi lampu isyarat. Kalau kenderaan belum lepasi garisan kuning, berhenti. Kalau kenderaan sudah lepasi garisan, maka berjalan secara berjaga-jaga saja.
    • Semasa berhenti di lampu isyarat, tukar gear kepada ‘free’. Tarik ‘brake’ jika lampu isyarat tersebut adalah cerun mendaki.
    • Masukkan gear 1 dan buat imbangan ‘clutch’ dan ‘minyak’ yang dipelajari di dalam litar ketika mendaki cerun/bukit. Lepaskan hand brake dan jalan dengan perlahan. Jangan tergesa-gesa.
  5. Kawalan Stereng
    • Kedudukan tangan kanan dan kiri di stereng elok berposisi pukul 10 dan 2. Juga pasti memegang stereng tangan jangan bersilang.
    • Jangan guna sebelah tangan semasa memandu. Korang juga diizinkan memegang stereng dengan satu tangan apabila menukar gear.

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment