CARA DAFTAR ENRICH MALAYSIA AIRLINES(Tukar Kata Laluan Enrich Membership)

CARA DAFTAR ENRICH MALAYSIA AIRLINES(Tukar Kata Laluan Enrich Membership)

ENRICH MALAYSIA AIRLINES

Kepada anda yang seringkali menaikki penerbangan MAS, seharusnya anda berdaftar sebagai ahli Enrich Malaysia Airlines. Ini kerana anda bakal menikmati tawaran eksklusif, ganjaran dan sebagainya dari MAS. Anda juga berpeluang untuk menebus mata ganjaran yang diberikan bagi setiap tempahan penerbangan dengan MAS. Disini kami akan kongsikan kepada and acara untuk Enrich Malaysia, semoga membantu.

 

APA ITU ENRICH MALAYSIA AIRLINES

Enrich ialah Program Kesetiaan Perjalanan dan Gaya Hidup Malaysia Airlines yang membawakan anda dunia ganjaran perjalanan dan keistimewaan gaya hidup. Peroleh Mata apabila anda terbang dengan Malaysia Airlines, syarikat penerbangan ahli Oneworld Alliance dan syarikat penerbangan rakan kongsi. Anda juga boleh memperoleh Mata dengan rakan kongsi gaya hidup kami apabila anda menempah penginapan hotel, penjagaan kesihatan, menyewa kereta, membeli-belah, menukar mata kad kredit dan banyak lagi.

 

KELEBIHAN ENRICH POINTS MALAYSIA AIRLINES

‘Enrich Points’ akan menggantikan ‘Enrich Miles’ sebagai mata wang akruan Enrich. Ahli Enrich boleh memperoleh Mata Enrich apabila berbelanja untuk perkhidmatan atau produk Malaysia Airlines, MASwings, Firefly, oneworld dan syarikat penerbangan rakan kongsi Enrich yang layak atau dengan mana-mana Rakan Gaya Hidup Malaysia Airlines, yang termasuk rangkaian kedai dan hotel termasuk pembelian melalui Temptations dan kereta sewaan.

 

MUAT TURUN APLIKASI MALAYSIA AIRLINES

Bagi memudahkan anda untuk mendapatkan mata ganjaran ini, seharusnya anda memuat turun aplikasi Malaysia Airlines terlebih dahulu secara percuma menerusi pautan di bawah:

 

PERKHIDMATAN TERSEDIA MENERUSI APLIKASI MALAYSIA AIRLINES

Jika anda adalah seorang yang suka melancong, aplikasi Malaysia Airlines sangat sesuai untuk anda, kerana ia direka untuk menampung semua keperluan perjalanan anda, dari tempahan penerbangan segera ke daftar masuk mudah alih, penginapan hotel yang hebat dan penyewaan kereta. Istimewa hanya untuk anda, aplikasi ini memberikan anda akses kepada semua maklumat yang anda perlukan:

  • Tempah tiket sehala dan pergi-balik dalam beberapa klik sahaja.
  • Fungsi My Trips untuk menyimpan butiran penerbangan yang akan datang.
  • Simpan pas penerbangan ke aplikasi untuk pengalaman perjalanan yang menyenangkan.
  • Akses segera ke banyak pakej percutian dari MHholidays.
  • Lihat profil keahlian Enrich anda, baki Points, dan tahap keahlian.
  • Dapatkan maklumat tempahan di My Trips berdasarkan nombor Enrich anda.
  • Akses kepada program MHexplorer.
  • Pembelian lebih mudah dengan program Temptations.

 

CARA DAFTAR AHLI ENRICH MALAYSIA AIRLINES

Semestinya untuk menjadi keahlian Enrich bagi mendapatkan mata ganjaran, seharusnya anda kena mendaftar terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Malaysia Airlines di telefon anda
  2. Pada paparan menu utama klik pada bahagian Log In/Sign Up
  3. Pada lamasa seterusnya, klik pada Create A New Enrich Account Now
  4. Terdapat pilihan untuk anda mendaftar akaun iaitu:
    • Akaun Email
    • Akaun Google
    • Akaun Apple
  5. Piliha pada pilihan yang anda inginkan. Isikan sahaja maklumat yang diperlukan seperti:
    • Nama
    • Tarikh lahir
    • Jantina
    • Warganegara
    • No Telefon
  6. Setelah lengkap, tick pada kotak terma dan syarat dan klik Sign Up
  7. Selesai, pendaftaran akaun ahli anda telah berjaya.

 

CARA TUKAR KATA LALUAN ENRICH MEMBERSHIP

Kepada anda yang terlupa kata lauan akaun Enrich, anda boleh menukar kata lalauan baharu seperti berikut:

  1. Buka aplikasi Malaysia Airlines di telefon anda
  2. Pada paparan menu utama klik pada bahagian Log In Or Sign Up
  3. Pada lamasa seterusnya, klik pada Forgot / Reset Password
  4. Seterusnya isikan sahaja alamat email anda yang didaftarkan pada ruangan tersedia. Setelah lengkap klik pada Get Verification Code
  5. Anda akan meneris kod tersebut menerusi email anda. Isikan Verification Code yang diterima pada ruangan tersedia dan klik pada Verify Code.
  6. Untuk meneruskan proses tukar kata laluan, klik Continue
  7. Isikan kata laluan baharu yang anda inginkan. Diingatkan bahawa kata laluan baharu hendaklah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Setelah lengkap klik Continue
  8. Selesai, anda telah berjaya menukar kata laluan anda.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Enrich Malaysia Airlines, anda boleh melayari porta rasmi Enrich Malaysia

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment