DOKUMEN PERJALANAN TERHAD (DBT) ONLINE UTC SABAH SARAWAK (Cara Renew & Dokumen Bekerja Pelajar)

DOKUMEN PERJALANAN TERHAD (DBT) ONLINE UTC SABAH SARAWAK (Cara Renew & Dokumen Bekerja Pelajar)

DOKUMEN PERJALANAN TERHAD (DBT)

Kepada anda  yang berasal daripada semenanjung dan bekerja atau belajar di sabah sarawak, anda boleh membuat permohonan Dokumen Perjalanan Terhad (DBT). Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU DOKUMEN PERJALANAN TERHAD

Dokumen Perjalanan Terhad (DBT) hanya digunakan oleh warga Malaysia yang berasal dari Semenanjung Malaysia, untuk tinggal di Sarawak dan Sabah pada tempoh yang lama. DBT ini akan digunakan jika warga Malaysia dari Semenanjung akan menetap di Borneo Malaysia selama lebih daripada 3 bulan, yang bermaksud kepada warga Malaysia yang berasal dari Semenanjung yang bekerja atau belajar di Sabah dan Sarawak melebihi tempoh tersebut akan memiliki pasport khusus ini.

 

TUJUAN DOKUMEN PERJALANAN TERHAD

Tujuan Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dari Semenanjung bagi tujuan perjalanan keluar/masuk dan tinggal sementara di Sabah dan Sarawak bagi tempoh melebihi 3 bulan.

 

SYARAT PERMOHONAN DOKUMEN PERJALANAN TERHAD

  • Digunakan oleh pelajar dan penjawat awam sahaja yang berasal daripada semenanjung untuk menetap sementara di Sabah dan Sarawak
  • Bagi pekerja Swasta boleh memohon menggunakan visa kerja mereka setelah mereka mencapai tempoh yang diperlukan untuk bekerja (tiga bulan) di Sabah dan Sarawak

 

TEMPOH SAH LAKU DOKUMEN PERJALANAN TERHAD

  • Lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh dilanjutkan selama 5 tahun lagi

 

KADAR BAYARAN DOKUMEN PERJALANAN TERHAD

  • Bayaran DPT hanya rm5.00

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda membawa dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan DBT bagi melancarkan urusan iaitu:

  • Gambar passport berukuran 3.5 cm x 5 cm – dua (2) keping
  • Dokumen Perjalanan Terhad yang sedia ada (jika berkaitan)
  • MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11) bagi pemohon berumur melebihi 12 tahun.
  • Sijil Kelahiran bagi pemohon dibawah 12 tahun.

 

CARA PERMOHONAN DOKUMEN PERJALANAN TERHAD

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan DPT iaitu:

  1. Muat Turun borang Pasport Malaysia (IM.42). Borang hendaklah dimuat turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang).
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap
  3. Pemohon mesti hadir ke kaunter pejabat pasport yang berhampiran dengan anda semasa permohonan dibuat.

 

SENARAI CAWANGAN IMIGRESEN PENGELUAR PASSPORT DOKUMEN PERJALANAN TERHAD

Berikut adalah merupakan senarai cawangan Imigresen pengeluar passport iaitu:

NEGERIPEJABAT CAWANGAN
PERLIS
  • Kangar
  • Kuala Perlis
  • Padang Besar
KEDAH
  • Alor Setar
  • Sungai Petani
  • KDN LAngkawi
  • Bukit Kayu Hitam
  • Kulim
PULAU PINANG
  • Seberang Jaya
  • Georgetown
PERAK
  • Ipoh
  • Taiping
  • Teluk Intan
  • Pengkalan Hulu
  • Lumut
PAHANG
  • Kuantan
  • Temerloh
  • Raub
  • Lipis
SELANGOR
  • Shah Alam
  • Kelana Jaya
  • Pelabuhan Klang
  • Kajang
  • Kuala Kubu Bharu
NEGERI SEMBILAN
  • Seremban
  • Port Dickson
MELAKA
  • Melaka
JOHOR
  • Setia Tropika
  • Cawangan Johor Bharu
  • Batu Pahat
  • Kukup
  • Segamat
  • Mersing
  • Muar
  • Kluang
  • Tanjung Pengelih
  • Tampoi (Pekan Rabu)
  • Kulai Jaya
TERENGGANU
  • Kuala Terengganu
  • Besut
  • Kemaman
  • Dungun
  • Kerteh
KELANTAN
  • Kota Bharu
  • Rantau Panjang
  • Pengkalan Kubur
  • RTC Kota Bharu
WP KUALA LUMPUR
  • Jalan Duta
SARAWAK
  • Kuching
  • Miri
  • Sibu
  • Limbang
  • Bintulu
  • Lawas
  • Sarikei
  • Sri Aman
  • Samarahan
  • Mukah
SABAH
  • Kota Kinabalu
  • Tawau
  • Sandakan
  • Lahad Datu
  • Keningau
  • Sipitang
  • Kudat
  • Ranau

 

CARA RENEW DOKUMEN PERJALANAN TERHAD

Untuk pembaharuan disarankan dilakukan dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh tamat tempot DPT anda. Berikut adalah merupakan cara renew iaitu:

  1. Muat Turun borang Pasport Malaysia (IM.42). Borang hendaklah dimuat turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang).
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap. Pastikan pada bahagian Jenis Permohonan anda tick pada Tamat Tempoh.
  3. Pemohon mesti hadir ke kaunter pejabat pasport yang berhampiran dengan anda semasa permohonan dibuat.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Dokumen Perjalanan Terhad (DPT), anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment