CARA ORDER LALAMOVE PICKUP LORRY KERETA (Bayar Credit Card Wallet)

CARA ORDER LALAMOVE PICKUP LORRY KERETA (Bayar Credit Card Wallet)

CARA ORDER LALAMOVE

Pernah dengar tentang Lalamove? Lalamove menawarkan khidmat penghantaran dari satu point ke satu point dengan cara terpantas melalui kenderaan yang anda pilih samaada motosikal, kereta, van, pickup ataupun lori. Lalamove bertindak sebagai perantaraan antara pelanggan dengan pemandu/rider dalam proses penghantaran barang melalui aplikasi atau laman web mereka. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara order guna Lalamove, semoga membantu.

 

APA ITU LALAMOVE

Lalamove perkhidmatan penghantaran on-demand dengan hanya menggunakan satu aplikasi yang ringkas, pengguna boleh dihubungkan dengan flit penghantaran pelbagai jenis kenderaan yang dipandu oleh penghantar-penghantar yang terlatih.

Kini, sesiapa saja boleh mendapatkan perkhidmatan penghantaran dengan memasukkan lokasi pengambilan dan penghantaran, memilih kenderaan yang sesuai dan mendapatkan khidmat rakan penghantar yang paling hampir dengan lokasi pengguna.

 

MUAT TURUN APLIKASI LALAMOVE

Pastikan anda memuat turun aplikasi Lalamove terlebih dahulu bagi memudahkan urusan anda melalui pautan berikut:

 

KELEBIHAN GUNA LALAMOVE

Berikut adalah merupakan antara kelebihannya iaitu:

  • Bersedia untuk anda, bila-bila masa – Dapatkan padanan dengan penghantar dalam beberapa saat
  • Rakan penghantar profesional – Kepuasan dijamin dengan rakan-rakan penghantar yang terlatih
  • Harga yang berpatutan – Dapatkan penghantaran pantas serendah RM4 dengan motosikal. Buat penghantaran yang lebih besar dengan lori 1-tan dari RM60
  • Perkhidmatan tambahan – Lebih dari sekadar penghantaran satu hala, pilih penghantaran pelbagai perhentian, penghantaran ulang-alik, atau pembantu berpindah untuk kemudahan anda

 

JENIS BARANG BOLEH PICKUP LALAMOVE

Berikut adalah merupakan antara jenis-jenis barang yang boleh dihantar menerusi perkhidmatan ini iaitu:

  • Barang-barang kecil
  • Barang-barang besar
  • Barang-barang berharga & mudah pecah
  • Makanan & barang runcit

 

WAKTU OPERASI LALAMOVE

Lalamove beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Buka saja aplikasi Lalamove pada bila-bila masa untuk memesan penghantaran on-demand atau berjadual.

 

KADAR HARGA PENGHANTARAN LALAMOVE

Setiap pesanan dikira berdasarkan keperluan anda untuk pesanan tersebut, seperti jenis kenderaan, perkhidmatan tambahan, dan jarak dari lokasi pengambilan ke lokasi penghantaran. Untuk ketahui harga lebih lanjut anda boleh merujuk apda pautan di bawah:

 

JENIS KENDERAAN PICKUP LALAMOVE

Berikut adalah merupakan antara jenis kenderaan yang digunakan bagi perkhidmatan lalamove iaitu:

  • Motosikal untuk penghantaran kurang dari 10kg.
  • Kereta untuk penghantaran kurang dari 40kg.
  • Trak Pickup untuk penghantaran kurang dari 240kg.
  • Van untuk penghantaran kurang dari 500kg.
  • Lori 1 Tan untuk penghantaran kurang dari 1000kg.
  • Lori 3 Tan untuk penghantaran kurang dari 3000kg.

 

CARA TEMPAH LALAMOVE PICKUP

Kepada anda yang ingin order menggunakkan lalamove, berikut adalah merupakan carnya iaitu:

  1. Buka aplikasi Lalamove dan log masuk ke akaun anda. Sekiranya anda pengguna baharu dikehendaki untuk daftar akaun terlebih dahulu.
  2. Tetapkan Lokasi Pengambilan & Penghantaran
    1. Masukkan alamat pengambilan dan destinasi penghantaran anda.
  3. Masa Pengambilan.
    1. Anda boleh tetapkan waktu pengambilan. Anda boleh membuat jadual penghantaran sekarang atau jadualkan penghantaran anda sehingga 30 hari lebih awal.
  4. Pilih Jenis Kenderaan
    1. Pilih kenderaan yang diperlukan dan perkhidmatan tambahan jika perlu.
    2. Penghantaran mengikut keperluan anda, sama ada motosikal, kereta, 4 x 4, van atau lori
  5. Sahkan Penghantaran Anda
    1. Masukkan catatan untuk rakan penghantar anda.
    2. Pilih kaedah pembayaran
    3. Gunakan kupon, jika ada.
    4. Periksa maklumat penghantaran dan Sahkan pesanan anda
  6. Jejaki Pesanan Di Masa Nyata
    1. Tiada kerisauan dengan penjejakan GPS untuk penghantaran anda

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara order Lalamove, anda boleh merujuk pada Langkah-Langkah Untuk Menggunakan Aplikasi Lalamove (2023)

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment