CARA BAYAR BALIK INSTALLMENT SPAYLATER(Boleh Ke Buat Full Settlement & Caj Tak Bayar)

CARA BAYAR BALIK INSTALLMENT SPAYLATER(Boleh Ke Buat Full Settlement & Caj Tak Bayar)

BAYAR BALIK INSTALLMENT SPAYLATER

Kepada anda yang baru membuat pembelian di Shopee dan menggunakan kaedah pembayaran terbarunya iaitu SPayLater, semestinya ingin mengetahui cara membuat pembayaran balik. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara bayar balik installment SPayLater, semoga membantu.

 

APA ITU SPAYLATER

SPayLater adalah salah satu kaedah pembayaran terbaru yang diperkenalkan iaitu Shopee’s Buy-Now-Pay-Later. Anda boleh buat belian serta-merta dan bayar untuk bulan berikutnya. Jadi dengan cara ini, anda akan dapat barang tersebut terlebih dahulu dan bayar kemudian. Pastinya digunakan jika barang tersebut bernilai ribuan ringgit.

 

PILIHAN  BAYAR BALIK INSTALLMENT SPAYLATER

Terdapat beberapa pilihan bayaran balik yang boleh dilakukan iaitu:

  • Bayar semula sekali gus pada bulan berikutnya (BNPL)
  • 2 bulan ansuran
  • 3 bulan ansuran
  • 6 bulan ansuran

 

KADAR FAEDAH INSTALLMENT SPAYLATER

Berikut adalah merupakan kadar faedah pemprosesan yang dikeankan iaitu:

PILIHAN BAYARAN SPAYLATERCAJ PEMPROSESAN
BayNowPayLater (BNPL)1.25% setiap bulan bergantung pada jumlah pembelian
2 Bulan ansuran
3 Bulan ansuran
4 Bulan ansuran

 

CARA BAYAR BALIK INSTALLMENT SPAYLATER

Kepada anda yang ingin membuat pembayaran semula bil SPayLater anda, berikut adalah merupakan caranya iaitu;

  1. Buka aplikasi Shopee dan log masuk ke akaun anda
  2. Pada menu utama klik pada menu ‘Me’ dan pilih SPayLater.
  3. Pada halaman SPayLater, klik ‘Pay Now’
  4. Pada bahagian ‘My Bills’ anda boleh lihat bil yang anda ‘dah bayar’ atau ‘belum bayar’ mengikut bulan (paid dan unpaid)
  5. Klik bahagian yang belum bayar atau ‘unpaid’ dan pilih kaedah bayaran sama ada:
    • Perbankan online (FPX)
    • Tunai di 7-eleve
    • ShopeePay
  6. Masukkan no. pin ShopeePay
  7. Anda akan menerima pengesahan bayaran selepas bayaran berjaya
  8. Selesai!

NOTA: Untuk makluman, bil bulanan anda akan dikira bermula setiap 1 haribulan. Anda mesti langsaikan bil tersebut tidak lebih daripada 10 haribulan.

 

KADAR CAJ BAYARAN LEWAT INSTALLMENT SPAYLATER

Untuk makluman, apabila anda mengalami kelewatan bayaran SPayLater, akaun anda akan dibekukan, dan perlu melakukan pembayaran sebarang bayaran tertunggak. Disamping itu, anda turut akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM10 untuk terus menggunakan perkhidmatan SPayLater berkenaan.

 

CARA BUAT PEMBAYARAN AWAL INSTALLMENT SPAYLATER

Anda boleh membuat pembayaran balik awal untuk bil SPayLater selama 1 bulan atau menggabungkan beberapa bulan, namun sila ambil perhatian bahawa yuran pemprosesan tidak akan diketepikan untuk pembayaran balik awal SPayLater. Berikut adalah merupakan caranya

  1. Buka aplikasi Shope anda
  2. Pergi ke tabMe > SPayLater > Bayar Awal > Bil Akan Datang > Pilih bulan > Bayar Sekarang > Pilih kaedah pembayaran > SAHKAN > Teruskan dengan proses pembayaran.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan Cara Bayar Balik Installment SPayLater  , boleh layari portal help Shopee.

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment