CARA BAYAR BIL SPAYLATER (Hutang Ansuran Bulanan Shopee)

CARA BAYAR BIL SPAYLATER (Hutang Ansuran Bulanan Shopee)

BAYAR BIL SPAYLATER

Kepada nada yang baru membuat pembelian di Shopee dan menggunakan kaedah pembayaran terbarunya iaitu SPayLater, semestinya ingin mengetahui cara membuat pembayaran balik. Disini kami akan kongsikan kepada and acara bayar bil SPayLater, semoga membantu.

 

APA ITU SPAYLATER

SPayLater adalah salah satu kaedah pembayaran terbaru yang diperkenalkan iaitu Shopee’s Buy-Now-Pay-Later. Anda boleh buat belian serta-merta dan bayar untuk bulan berikutnya. Jadi dengan cara ini, anda akan dapat barang tersebut terlebih dahulu dan bayar kemudian. Pastinya digunakan jika barang tersebut bernilai ribuan ringgit.

 

TEMPOH BAYAR BALIK BIL SPAYLATER

Terdapat beberapa pilihan bayaran balik yang boleh dilakukan iaitu:

  • Bayar semula sekali gus pada bulan berikutnya (BNPL)
  • 2 bulan ansuran
  • 3 bulan ansuran
  • 6 bulan ansuran

 

KADAR FAEDAH SPAYLATER

Berikut adalah merupakan kadar faedah dan caj yang dikenakan bergantung kepada plan pembayaran semula iaitu:

PILIHAN BAYARAN SPAYLATERCAJ PEMPROSESANCAJ BAYARAN LEWAT
BuyNowPayLater (BNPL)0%1.5% bulanan pada jumlah tunggakan
2 Bulan ansuran1.25% setiap bulan bergantung pada jumlah pembelian
3 Bulan ansuran
4 Bulan ansuran

 

CARA BAYAR BIL SPAYLATER

Kepada anda yang ingin membuat pembayaran semula bil SPayLater anda, berikut adalah merupakan caranya iaitu;

  1. 1. Buka aplikasi Shopee dan log masuk ke akaun anda
  2. Pada menu utama klik pada menu ‘Me’ dan pilih SPayLater.
  3. Pada halaman SPayLater, klik ‘Pay Now’
  4. Pada bahagian ‘My Bills’ anda boleh lihat bil yang anda ‘dah bayar’ atau ‘belum bayar’ mengikut bulan (paid dan unpaid)
  5. Klik bahagian yang belum bayar atau ‘unpaid’ dan pilih kaedah bayaran sama ada:
    • Perbankan online (FPX)
    • Tunai di 7-eleve
    • ShopeePay
  6. Masukkan no. pin ShopeePay
  7. Anda akan menerima pengesahan bayaran selepas bayaran berjaya
  8. Selesai!

NOTA: Untuk makluman, bil bulanan anda akan dikira bermula setiap 1 haribulan. Anda mesti langsaikan bil tersebut tidak lebih daripada 10 haribulan. Jika tidak, anda akan dikenakan lagi caj tambahan iaitu sebanyak 1.5%

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan Cara Bayar Bil SPayLater  , boleh layari portal help Shopee.

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment