BAJU KORPORAT NEAR ME KATALOG DESIGN KPM KERAJAAN LELAKI PEREMPUAN (Cara Pilih & Order)

BAJU KORPORAT NEAR ME KATALOG DESIGN KPM KERAJAAN LELAKI PEREMPUAN (Cara Pilih & Order)

BAJU KORPORAT KPM

Kepada warga kerja Kementerian Pendidikan Malaysia, semestinya anda ingin mencari baju korporat mengikut garis panduan yang ditetapkan untuk dipakai  pada hari-hari tertentu. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU BAJU KORPORAT

Baju korporat merupakan pakaian yang melambangkan identiti sebuah organisasi. Organisasi akan meminta pekerjanya mamakai baju koporat setiap hari ataupun pada hari-hari tertentu untuk menunjukkan imej syarikat untuk meningkatkan brand awareness

 

GARIS PANDUAN PEMAKAIAN BAJU KORPORAT KPM

Pemakaian baju koporat oleh pegawai KPM hanya dibenarkan apabila melaksanakan tugas rasmi di lapangan / luar sahaja.

  • Bagi pegawai lelaki,  hanya boleh dipakai bersama-sama seluar panjang slack / khakis dengan keutamaan kepada warna gelap
  • Bagi pegarai wanita, hanya boleh dipakai bersama-sama skirt labuh berbentuk ‘A’ (A-line skirt) paras tumit atau seluar panjang polos warna hitam dan tudung berwarna hitam / dark blue /royal blue

Nota:

 

CONTOH DESIGN BAJU KORPORAT KPM

Berikut adalah merupakan contoh design boju korporat KPM mengikut garis panduan iaitu:

 

KADAR HARGA BAJU KORPORAT KPM

Kepada anda yang ingin membuat tempahan, berikut adalah murapakan kadar harga mengikut kuantiti tempahan iaitu:

KUANTITILENGAN PENDEKLENGAN PANJANG
100 Helai KeatasRM50RM55
30 – 99 HelaiRM65RM70
11 – 29 HelaiRM70RM75
1 – 10 HelaiRM75RM80
Harga Sulaman LogoRM5
Harga Sulaman TulisanRM3 –RM5
Harga Sulaman NamaRM2

NOTA: Kadar harga ini mungkin akan berbeza bergantung kepada kualiti kain baju dan juga lokasi kedai anda kunjungi.

 

JENIS MATERIAL BAJU KORPORAT TERKINI

Berikut adalah merupakan jenis material yang boleh anda pilih iaitu:

  • Fabrik Viscose
    • Teksturnya lembut ketika bersentuhan dengan kulit, dan pastinya selesa ketika dipakai
    • Sangat baik menyerap peluh dan yang paling baik dalam serapan berbanding kain polysoft & comb cotton
    • Jatuh kain viscose ini kelihatan cantik dan bagus, seperti kain yang sesuai untuk bahan asas pakaian seharian
    • Kain akan rosak & luntur warna apabila direndam dengan detergen lebih dari 1 jam
    • Sebaiknya ketika cucian pakaian jenis viscose tidak dicampur dengan pakaian lain.
    • Kotoran dari makanan atau minyak akan mudah dikeluarkan dengan menggunakan detergen
  • Fabrik Polysoft
    • Teksturnya lembut, permukaannya licin & kelihatan sedikit berkilat.
    • Kadar serapan peluh yang kurang baik berbanding viscose.
    • Susah berdekut & cepat hilang kedut bila disterika.
    • Fabrik ini sering dicampur dengan kapas untuk membantu mengekalkan bentuk
    • Sesuai dicuci dengan cucian biasa & paling susah luntur warna.
  • Fabrik Comb Cotton
    • Kain jenis ini mudah dibasuh,lembut,tahan lama,sejuk dan selesa dipakai.
    • Serat benang yang halus & cantik.
    • Sangat baik meresap peluh.
    • Keburukannya adalah senang berdekut dan memerlukan daya yang kuat apabila disterika.
    • Tidak digalakkan dijemur pada cahaya matahari yang langsung bagi menjaga warna fabrik.

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment