AppleCare Malaysia(Cara Beli Protection Plan)

AppleCare Malaysia(Cara Beli Protection Plan)

AppleCare Malaysia

Dengan kian hampirnya pembukaan Apple Store di The Exchange TRX, Apple kini memperkenalkan AppleCare+ untuk pengguna di Malaysia. Perlindungan ini menawarkan tambahan perlindungan sehingga tiga tahun dari tarikh pembelian dan pembaikan tanpa had bagi kerosakan tertentu. Pengguna yang melanggan AppleCare+ juga mendapat akses keutamaan 24/7 kepada pakar Apple melalui telefon atau perbualan di getsupport.apple.com.

iPhone, Mac, iPad, Apple Watch, Apple Headphone, dan Apple TV(Harga dan Perlindungan)

iPhone:

  • Perlindungan selama 2 tahun termasuk kerosakan tidak sengaja.
  • Bayaran perkhidmatan RM139 untuk kerosakan skrin atau kaca belakang (model iPhone 12, iPhone 13, iPhone 14, iPhone 15), atau RM469 untuk kerosakan lain.

Mac:

  • Perlindungan selama 3 tahun termasuk aksesori dan kerosakan tidak sengaja.
  • Bayaran perkhidmatan RM469 untuk kerosakan skrin atau kerosakan luaran, atau RM1,429 untuk kerosakan lain.

iPad:

  • Perlindungan selama 2 tahun termasuk Apple Pencil dan papan kekunci iPad.
  • Bayaran perkhidmatan RM229 untuk iPad dan RM139 untuk Apple Pencil atau papan kekunci iPad.

Apple Watch:

  • Perlindungan selama 2 tahun (3 tahun untuk Apple Watch Hermès) termasuk kerosakan tidak sengaja.
  • Bayaran perkhidmatan RM329 untuk Apple Watch dan Apple Watch Nike, atau RM379 untuk Apple Watch Edition, Apple Watch Hermès dan Apple Watch Ultra.

Apple Headphone:

  • Perlindungan selama 2 tahun termasuk kerosakan tidak sengaja.
  • Bayaran perkhidmatan RM139.

Apple TV:

  • Perlindungan selama 3 tahun termasuk kerosakan tidak sengaja.
  • Bayaran perkhidmatan RM69.

Cara Pembelian AppleCare Plus:

  1. Bersamaan dengan pembelian produk baharu.
  2. Dalam tempoh 60 hari selepas pembelian melalui tetapan produk atau dalam talian.
  3. Panggilan ke 1800 803 638.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian, layari laman web rasmi Apple. Dapatkan perlindungan tambahan untuk peranti Apple anda dengan AppleCare+.

 

Artikel Lain

IPHONE MALAYSIA(Tarikh Pelancaran Harga Spesifikasi Model)

Leave a Comment