AGRO MARKET CAMERON HIGHLANDS TEMPAT BARU &VIRAL(Harga Tiket & Waktu Operasi)

AGRO MARKET CAMERON HIGHLANDS TEMPAT BARU &VIRAL(Harga Tiket & Waktu Operasi)

AGRO MARKET CAMERON HIGHLANDS

Apabila bercakap tentang ladang bunga fotogenik di Malaysia, tiada tempat yang lebih baik untuk dikunjungi selain Cameron Highlands. Paling terkenal dengan iklimnya yang sejuk, destinasi popular untuk penduduk tempatan dan bukan penduduk tempatan mempunyai banyak tarikan yang menampilkan hamparan bunga mekar. Terkini terdapat tarikan baharu yang perlu anda kunjungi iaitu Agro Market Cameron Highlands. Disini kami akan kongsikan kepada anda harga tiket dan juga waktu operasi, semoga membantu.

 

AKTIVITI MENARIK AGRO MARKET CAMERON HIGHLANDS

Berikut adalah merupakan antara aktiviti menarik yang tersedia iaitu:

  • Mini Santorini
  • Mini zoo
  • Cactus Walk
  • Bird Sanctuary
  • Sheep Sanctuary
  • Water Fountain
  • Spot OOTD yang sangat banyak
  • Café (pelbagai menu seperti scone, ice pop, waffle, korean chicken dan sebagainya)
  • Boleh membeli pokok, sayur dan buah-buah yang segar

 

LOKASI AGRO MARKET CAMERON HIGHLANDS

Berlokasi di jalan utama Brinchang ke arah Kea Farm. Terdapat 300 tempat letak kenderaan termasuk bas disediakan.

 

HARGA TIKET AGRO MARKET CAMERON HIGHLANDS

Berikut adalah merupakan harga tiket Agor Market ini iaitu:

  • Dewasa: RM25
  • Kanak-Kanak (4 – 10 tahun): RM10
  • Kanak-kanak (3 Tahun ke bawah): Percuma

 

WAKTU OPERASI AGRO MARKET CAMERON HIGHLAND

Agro Market ini beroperasi setiap hari mulai dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang.

 

KENALI CAMERON HIGHLANDS

Tanah Tinggi Cameron (Cameron Highlands) merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C.

Cameron Highlands mula diterokai oleh Sir William Cameron sekitar tahun 1885 di mana pada ketika itu beliau sedang melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak. Terdapat tiga mukim dalam daerah Cameron Highland iaitu Ringlet (5,165 hektar), Tanah Rata (2,081 hektar) dan Ulu Telom (63,981 hektar). Manakala terdapat beberapa bandar dan pekan seperti Ringlet, Tanah Rata (pusat pentadbiran tempatan), Brinchang, Lembah Bertam, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja.

Terletak di bahagian barat laut negeri Pahang, jarak Cameron Highlands dengan beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur dianggarkan sejauh lebih kurang 200 kilometer, 355 kilometer dari Kuantan atau 90 kilometer dari bandar Ipoh, Perak. Cameron Highlands boleh diakses dengan menggunakan kenderaan sama ada melalui Tapah atau Simpang Pulai dari negeri Perak, melalui Gua Musang dari negeri Kelantan atau melalui Sungai Koyan dari negeri Pahang.

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment