HARGA TIKET IOI CITY FARM (Waktu Operasi Mini Zoo IOI Mall)
Kepada ibu bapa yang ingin membawa anak-anak berjalan ke mini zoo, salah satu mini zoo yang terbaik adalah IOI City Farm yang merupakan ladang dan Mini Zoo dalam Pusat Beli Belah Pertama di Malaysia. Disini kami akan kongsikan kadar harga tiket IOI City Farm dan waktu operasi, semoga membantu.
APA ITU IOI CITY FARM
IOI City Farm merupakan taman hiburan dan pembelajaran dalam pusat beli-belah untuk kanak-kanak mengenal tumbuh-tumbuhan serta haiwan yang berkonsepkan Mini Zoo atau Ladang. Melalui ruang pameran seluas 18,000 kaki (1,672 meter persegi), taman yang menelan belanja RM10 juta itu memiliki tiga zon iaitu Greenland, Little Rimba dan Freshwater World.
Selain itu terdapat juga pusat beli-belah yang terdapat lebih 200 restoran dan cafe untuk dipilih selain dilengkapi Exhibition Hall dan Convention Center.
TARIKH MULA OPERASI IOI CITY FARM
Dengan lengkapnya fasa kedua akan bermula pada 25 Ogos 2022
BENDA MENARIK DI IOI CITY FARM
Dengan terbinanya fasa kedua di dalam mini zoo atau ladang ini kini mempunyai 3 zon iaitu :
- Green Land (Zon Tumbuhan): memaparkan akuaponik dan tumbuhan karnivor
- Little Rimba (Zon Haiwan): menampilkan haiwan peliharaan comel seperti sugar glider, landak, arnab dan musang fennec.
- FreshWater World (Zon Akuatik): mempamerkan sturgeon besar dan arapaima dari Amazon.
LOKASI IOI CITY FARM
IOI City Farm terletak di dalam pasaraya IOI City Mall yang terletak di Lebuh IRC, IOI Resort City 62502 Putrajaya, Malaysia
- Telefon : 03-8328 8888
- E-mel: [email protected]
- Laman web : https://www.ioicitymall.com.my/IOICityFarm/
- Media sosial : IOI City Farm Facebook dan Instagram.
WAKTU OPERASI IOI CITY FARM(TIKET IOI CITY FARM)
Waktu operasi adalah seperti berikut:
- Isnin hingga Ahad: 10.00pagi hinggan 11.00malam
HARGA TIKET IOI CITY FARM
Berikut adalah merupakan harga tiket masuk ke IOI City Farm mengikut katagori dan pakej:
HARGA KEMASUKAN | ||||
Hari Biasa | Hari Minggu | |||
Dewasa | RM37 | RM48 | ||
Kanak-kanak | RM48 | RM58 | ||
OKU | RM32 | RM32 | ||
PAKEJ HARI JADI (Min 10 Pax) | ||||
Hari Biasa | RM71
| Percuma makanan haiwan Interaksi haiwan Belon dan decorasi Voucher hari jadi untuk setiap orang | ||
Hari Minggu | RM80
| |||
PAKEJ SEKOLAH (Min 10 Pax) | ||||
Hari Biasa | RM41 | Program pendidikan sekolah disediakan | ||
Hari Minggu | RM50 | |||
PAKEJ KORPERAT (Min 20 Pax) | ||||
Hari Biasa | RM34 | Tertakluk kepada terma dan syarat | ||
Hari Minggu | RM44 |
ARTIKEL LAIN
HARGA TIKET ZOO TERUNTUM KUANTAN (Dewasa & Kanak-Kanak)
1 thought on “HARGA TIKET IOI CITY FARM (Waktu Operasi Mini Zoo IOI Mall)”