HARGA PAM SUSU MANUAL & ELEKTRIK DI FARMASI (Breast Pump Terbaik)
Kepada ibu yang bakal melahirkan anak kebanyakkannya akan mencari breast pump atau pam susu sebagai persiapan untuk bersalin nanti. Semestinya anda akan mencari breast pump yang terbaik untuk anda, anda mungkin telah tahu bahawa peralatan penyusuan tidak murah. Disini kami akan kongsikan akdar ahrga pam susu manual dan elektrik, semoga membantu.
JENIS PAM SUSU
Berikut adalah merupakan jenis pam susu yang ada di pasaran:
- Pam susu manual (manual breast pump)
- Pam susu manual menggunakan sebelah tangan untuk memegang manakala susu dipam dengan tangan yang lain. Jenis pam ini adalah murah tetapi memerlukan anda melakukan semua kerja.
- Pam susu manual adalah pilihan yang baik sebagai simpanan jika pam elektrik tidak boleh digunakan atau kekerapan mengepam hanya sedikit.
- Pam susu elektrik tunggal (single electrik breast pump)
- Pam elektrik dari jenis yang standard hingga yang boleh mengepam susu dari payudara.
- Single Electric Breast Pump adalah sejenis pam susu yang hanya boleh digunakan pada sebelah payudara pada satu-satu masa.
- Pam susu elektrik berganda (double elektric breast pump)
- Pam susu berganda adalah pam yang mengepamkan susu dari kedua-dua payudara pada masa yang sama. Ini dapat mengurangkan masa anda kepada separuh, dan mungkin pilihan yang baik jika anda perlu mengumpul secara kerap susu untuk bayi anda.
CARA GUNA PAM SUSU
Berikut adalah cara penggunaan pam susu dengan cara yang betul:
- Baca dan fahami arahan yang ada pada set breast pump yang anda dah beli.
- Pastikan brest pump anda dalam keadaan masih steril. Jika tidak, anda harus rendamkannya selama 10 minit sebelum menggunakannya.
- Basuh tangan anda sebelum memasang dan mengikut arahan daripada buku petunjuk.
- Anda harus berada dalam keadaan yang selesa. Anda boleh cuba untuk menarik nafas beberapa kali untuk mengurangkan tekanan stress sebelum mengepam susu anda. Gunakan pam yang sesuai mengikut saiz payudara anda.
- Anda digalakkan mengurut payudara anda untuk mendapatkan refleks ejeksi susu.
- Sebelum mengepam, pastikan payudara anda ditengah-tengah dalam cup. Sementara mengepamnya, puting anda cenderung untuk mengembang dan memanjang. Jika anda sedang mengepam dengan cup yang terlalu ketat, ia akan menyebabkan payudara sakit dan bekalan susu juga akan berkurangan.
- Disyorkan 2 kali sehari dimana setiap sesi hanya 15 – 20 minit sahaja.
- Mula dengan pam sedutan yang rendah dan secara beransur-ansur anda boleh tingkatkan sedutan yang diperlukan untuk mengekalkan susu mengalir. Jika susu anda berhenti mengalir, berhenti mengepam dan urut payudara anda untuk beberapa minit. Sambung selepas beberapa minit anda mengurut.
- Apabila anda selesai dengan sesi mengepam, ketatkan bekas botol susu dan simpan dalam peti sejuk.
- Cuci dan keringkan alat pengepam yang disentuh oleh susu. Tiub mengepam harus dicuci dengan air suam bersabun dan dikeringkan.
PAM SUSU TERBAIK DAN KADAR HARGA
Berikut adalah merupakan senarai pam susu terbaik beserta harga mengikut katagori:
- Pam Susu Manual Terbaik & Kadar Harga
JENAMA | HARGA (RM) |
Pureen Basic Breast Pump With Feeding Bottle | RM23.90 |
Farlin Manual Breast Pump | RM45.00 |
150ml Silicone Manual Hand-Type Bpa Free Breast Baby Pump | RM37.88 |
Fiffy Manual Breast Pump | RM29.90 |
Autumnz – Silicone Manual Breastmilk Collector | RM28.90 |
Philips Avent Manual Breast Pumps SCF330/20 | RM102.90 |
- Pam Susu Electrik Single Terbaik & Kadar Harga
JENAMA | HARGA (RM) |
Sokano Advance Electric Breast Pumps | RM38.90 |
Ultramilk Electric Pump | RM49.90 |
Medela Swing Single Electrik Breast Pumps | RM499.00 |
Spectra S2 Electric Breast Pumps | RM392.00 |
Lacte Solo Electric Breast Pumps | RM69.00 |
Pigeon Breast Pump Electric Portable | RM120.00 |
- Pam Susu Electrik Double Terbaik & Kadar Harga
JENAMA | HARGA (RM) |
Momo House Electric Double Breast Pumps | RM51.90 |
Spectra M1 Elektric Double Breast Pumps | RM575.00 |
Philips Avent Natural Comfort Double Breast Pumps | RM1,219.00 |
Malish Ilaria Double Breast Pumps | RM500.00 |
Treenie Kompakto Electric Double Breast Pump | RM87.90 |
Evin Primrose Double Elctric Breast pump | RM349.00 |
ARTIKEL LAIN
HARGA IMPLAN PERANCANG KELUARGA (Klinik Kerajaan & Swasta)